- Home
- Features
Trending Today
- All Drama
- All Movies
- Contact
- Support Us
Please enter keywords
Please enter keywords
- Home
- Features
Trending Today
- All Drama
- All Movies
- Contact
- Support Us
 © 2025 TVonZ.Com
Best All In One Movie Streaming Site.
Filem Duyung Mengisahkan Jimmy (Saiful Apek), seorang pemuda yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix (Yassin Yahya), spesis “big foot”. Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela (Yasmin Hani), anak kepada Wak Pagek (Hafidzuddin Fazil), begitu juga Aspalela.
Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Wak Pagek untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Wak Pagek mencabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya Jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahnya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaan Jimmy mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri, Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina.
Kordi (Awie), seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga berhasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin bengang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung (Maya Karin) sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.
Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatannya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa bengang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung