Nantikan drama bersiri ‘Bintang Di Langit Syawal’ bakal mengisi slot Samarinda TV3 pada 23 Oktober 2025. Drama 15 episod diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd di bawah arahan Bahri Uma. Diterajui oleh barisan pelakon seperti Adam Lee, Scha Elinnea, Azhar Sulaiman, Fezrul Khan, Jasmin Hamid, Syahmie Thsaqeef dan Shalma Eliana.

Bintang Di Langit Syawal
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Syawal
Azhar Sulaiman sebagai Latif
Scha Elinnea sebagai Jess
Syahmie Thsaqeef sebagai Andi
Shalma Eliana sebagai Anis
Fezrul Khan sebagai Hassan
Jasmin Hamid sebagai Datin Elyana
Arash Mohd sebagai Datuk Mahfuz
Razzuan Rosli sebagai Zaidi
Alif Ali sebagai Aiman
Zaidi Omar sebagai Ustaz Fadhil
Wanie Ooi sebagai Alia
Taqim Zaki sebagai Ezza
Ieda Moin sebagai Mak Min
Azlina Mad Nor sebagai Mak Siti
Fadhil Hanif sebagai Ghani
Amirul Faqim sebagai Amirul
Farhan Yusoff sebagai Kuncu
Aliff Zulkarnain sebagai Kuncu

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Masih Ada Kau Lagi
Penyanyi: Shazriq Azeman
Komposer: Shazriq Azeman & Omar K
Lirik: Shazriq Azeman & Omar K

Sinopsis Bintang Di Langit Syawal
Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Syawal (Adam Lee), yang sering dibayangi rasa kosong dan rindu terhadap kasih seorang bapa. Suatu hari, kemunculan seorang lelaki misteri bernama Latif (Azhar Sulaiman) di rumah kebajikan tempat Syawal membesar, mula mengubah segalanya apabila lelaki itu meninggalkan sejumlah wang tanpa penjelasan. Lawatan yang sepatutnya dirahsiakan akhirnya terbongkar kepada Syawal, mencetuskan tanda tanya dan mendorongnya untuk mencari kebenaran di sebalik identiti lelaki tersebut.

Dipacu oleh rasa ingin tahu dan keyakinan bahawa Latif ialah ayah kandungnya, Syawal nekad melarikan diri dari rumah kebajikan itu. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Jess (Scha Elinnea), seorang gadis yang menjadi teman setia dan sumber kekuatan dalam perjalanan hidupnya yang penuh luka dan rahsia. Namun, jejak yang disangka akan menyatukannya kembali dengan kasih seorang bapa membawa Syawal ke tempat gelap yang menggugat kepercayaannya terhadap makna sebenar keluarga. Pertemuan yang diimpikan menjadi detik yang membuka lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Persoalan demi persoalan timbul. Apa sebenarnya yang dilakukan Latif di tempat itu, dan mengapa hidupnya terjerat dalam dunia sekeji itu? Adakah pertemuan ini akan menjadi sinar yang selama ini Syawal cari, atau sekadar menambah luka dalam pencarian kasih dan identiti dirinya?