Nantikan drama ‘Jika Itu Salahku’ adaptasi daripada novel ‘Bukan Salahku’ karya Liza Nur akan mengisi slot Lestary TV3 bermula 17 Oktober ini, pada setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9 malam. Drama 13 episod diterbitkan oleh Global Station dibawah arahan Riza Baharudin. Menampilkan Alvin Chong dan Sophia Albarakbah sebagai pelakon utama.
Jika Itu Salahku
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Sophia Albarakbah sebagai Asyiqeen (Ash)
Alvin Chong sebagai Ashraff Ivan Tang
Saidah Kamarudin sebagai Pia
Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
Fadilah Mansor sebagai Mak Tok
Steve Yap sebagai Alex Tang
Ziela Jalil sebagai Melissa
Iman Suhana sebagai Zara
Adam Malek sebagai Aazad
Asheeqa Maleeyka sebagai Balqis
Norzaleha Iman sebagai Balqis
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mengejar Bintang
Penyanyi: Kai Deva
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Sharon Paul & Shah Shamsiri
Sinopsis Jika Itu Salahku
Menyelami perjalanan dua insan Asyiqeen dan Ashraff Ivan Tang yang mencari makna cinta, agama dan keikhlasan dalam kehidupan.
Asyiqeen dibesarkan tanpa bimbingan agama, belajar mengenal kehidupan dalam serba kekurangan dan penderitaan. Sejak kecil, dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down sambil menahan penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Namun, sebuah tragedi mengubah segalanya dan menjadi titik tolak kepada perjalanan rohani yang mendalam buat dirinya.
Pertemuannya dengan Ashraff Ivan Tang, lelaki kacukan yang hidup bebas tanpa panduan, membuka lembaran baharu dalam kehidupan Asyiqeen. Dari perbezaan latar belakang itu lahir rasa cinta yang halus dan tulus, menguji keteguhan iman serta prinsip kedua-duanya.
Persoalannya, mampukah dua jiwa ini benar-benar bersatu di atas dasar keikhlasan, atau akhirnya tunduk kepada perbezaan agama yang memisahkan?
Sinopsis Bukan Salahku
Dia pernah melarikan diri dari tanah airnya daripada luka dan kenangan. Tetapi kini, demi seorang anak kecil dia harus pulang.
Adib, enam tahun, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Dalam wasiat terakhir ibunya, satu nama tertulis sebagai penjaga. Asyiqeen, sahabat lama yang kini menetap jauh di Melbourne.
Dilema Asyiqeen bermula. Tinggalkan karier berjaya, kehidupan selesa dan Ivan Obaydin, lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya, tetapi tidak pernah memahami jiwanya. Ivan belum kenal dunia yang digenggam Asyiqeen; agama, prinsip dan pengorbanan.
“Memang aku cintakan dia. Tapi nasib aku selalu malang. Kami tak mungkin bersama sebab kami terlalu berbeza. Aku tak sanggup lepaskan pegangan aku kerana dia.” – Asyiqeen
“Aku akan berubah untuk kau. Kalau kau nak aku fahami budaya kau, aku akan cuba faham. Kalau kau nak aku percayakan Islam, aku akan percaya. Kalau kau rasa dengan cara ni kita boleh bersama, aku akan ikut semua yang kau nakkan.” – Ivan
Bila amanah dan cinta berselisih jalan, hanya satu perkara yang akan menentukan semuanya – hati yang benar-benar ikhlas.