Dia Bukan Syurga, Astro Ria

Season 1
Dia Bukan Syurga Episod 1
5
1421 Views
2
Report Video

Sinopsis Dia Bukan Syurga
Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?

Report Video

Ada video yang broken / kena removed / atau tak dapat di access? Report kepada kami.

    Nama

    Email

    Tajuk Drama / Movie

    Mesej

    Share

    Movies
    Tv Shows
    Search