This content is for Diamond Plan members only.
Upgrade Now

Gerak Khas The Movie

7 Views
0
20011 hr 57 minsFilem

Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ekstasi. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castello dan Rafael). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat.

Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah ‘mastermind’ dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.

Get unlimited access to all video. From RM5/Month

Support kami dengan subscribe membership serendah RM5 Sebulan. Dengan RM5 sahaja sebulan anda sudah sedikit sebanyak membantu kami dari segi kos hosting dan storage. Selain itu, tiada iklan di laman TvONZ selagi anda support kami. Jika anda sudah subscribe membership, boleh request kepada kami drama / filem yang anda ingin tonton. Semoga dimurahkan rezeki anda yang support kami. <3

Share

Movies
Tv Shows
Search