Musim kali ini mengetengahkan konsep unik di mana 5 Rencah 5 Rasa bakal bersiaran dengan hanya empat episod eksklusif.
Bukan itu sahaja, satu bahan utama bakal diolah menjadi lima hidangan berbeza dalam setiap episod.
Daripada pembuka selera hingga pencuci mulut, setiap resipi sarat dengan idea yang boleh dicuba di rumah.
5 Rencah 5 Rasa membuktikan bahawa menjadi kreatif di dapur tidak memerlukan bahan yang mewah namun, hanya semangat mencuba dalam penyediaan makanan.
Dengan kehadiran Fazley Yaakob yang bertenaga dan bersahaja, 5 Rencah 5 Rasa bakal membimbing penonton melalui setiap resipi secara langkah demi langkah.