Nantikan siri baharu Astro Originals ‘Generasi: Perfect 10’ akan mula ditayangkan pada 19 September 2025, setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) atau strim lebih awal menerusi Astro GO dan sooka bermula jam 12 tengah malam.

‘Generasi: Perfect 10’ adalah hasil sentuhan oleh pengarah Sling Ng, dan juga showrunner Nas Addina. Siri penuh bertenaga ini dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan juga Sherie Merlis. Turut membuat penampilan istimewa ialah legenda atlet negara, Farah Ann yang juga bertindak selaku penasihat.

Generasi: Perfect 10
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 19 September 2025
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Saluran: Astro Ria 104
Platform Penstriman: Astro GO / sooka
Penulis Skrip: Nas Addina, Ilya Karnain
Pengarah: Sling Ng
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Arena Wan sebagai Ezrina ‘Ezie’ Riyad
Arabella Ellen sebagai Victoria Zahra Hadi
Sofia Jane sebagai Coach Sue
Sharifah Sakinah sebagai Coach Farah
Daniel Fong sebagai Wong Jun Hao
Aaliyah Natasha sebagai Yasmin Safira
Ellyza Azizi sebagai Amalina ‘Amal’ Johar
Aila Azizul sebagai Imann Khalisa
Dhabita Auji sebagai Soraya ‘Sora’ Rahman
Hazi Juzaili sebagai Grace Natalie Annabelle Wong
Chandni Nagadurga sebagai Catherine ‘Cat’ Michael
Sherie Merlis sebagai Nazma
Aiman Ameer sebagai Mukhriz
Qi Razali sebagai Azfar
Zarra Zhaff sebagai Young Ezie
Farah Ann sebagai Natasha Zahra Hadi

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bangun
Artis: Golden Mammoth
Lirik: Syabil Alyahya & Hadeef Azlan
Komposer: Syabil Alyahya, Hadeef Azlan, Uzayr Kushairi, Low Hao Zhe

Sinopsis Generasi Perfect 10
Kisah perjalanan seorang gadis bernama Ezie (Arena Wan) yang berazam menjadi atlet gimnastik profesional. Namun, apabila kelab gimnastiknya ditutup, Ezie nekad menyertai akademi sukan paling berprestij, membuka lembaran baharu dalam hidupnya yang penuh persaingan sengit, konflik emosi dan pencarian jati diri.