Drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3 berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah! adaptasi novel karya Mardihah terbitan A10 Alliance. Drama yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini menampilkan pelakon seperti Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Raden Zaharatul dan ramai lagi. Saksiakan Hai Cinta, Dengarkanlah bermula 17 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, atau strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.
Hai Cinta, Dengarkanlah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 17 September 2024
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A10 Alliance
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi
Anna Jobling sebagai Nur Cahaya
Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi
Rania Amanda sebagai Fifi
Aleza Shadan sebagai Puan Roza
Nazrief Nazri sebagai Firdaus
Syuhaida Abraz sebagai Shasha
Raden Zaharatul sebagai Nazilla
Zulkifli Ismail sebagai Encik Rahim
Saidah Kamarudin sebagai Sofie
Sharifah Shahora
Natasya Mahyan
Halim Radzi
Sinopsis Hai Cinta Dengarkanlah
Kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya (Anna Jobling), yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata.
Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi (Niezam Zaidi) muncul sebagai penyelamat.
Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi (Rania Amanda). Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.
Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia.
Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.
Seiring dengan perjalanan mereka, hati Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kehadiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada di sisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?