Nantikan drama bersiri Hilang Dalam Rindu adaptasi novel Hilang karya Mia Azwari. Ia akan mengisi slot Samarinda TV3. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Dibintangi oleh Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania, Zarif Ghaz dan ramai lagi. Saksikan Hilang Dalam Rindu mulai 17 Julai 2025. Tayangan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 atau strim melalui Tonton.

Hilang Dalam Rindu
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Penulis Novel: Mia Azwari
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz
Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira
Qistina Rania sebagai Hannah
Zarif Ghazzi sebagai Sarip
Nina Smith sebagai Teha
Sera Melissa sebagai Nurul
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Ehsan
Fadilah Mansor sebagai Tok Wan
Ayu Azlina sebagai Datin Hamidah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lebih Indah Berpisah
Penyanyi: Bella Astillah, Ade Govinda
Komposer: Ade Govinda
Lirik: Ade Govinda

Sinopsis Hilang Dalam Rindu
Mengisahkan Aira Nadira yang kehilangan ingatan. Dia terpaksa merungkai semula hidupnya, memori demi memori. Ini dilakukan untuk mencari kebenaran yang selama ini tersembunyi.

Aira Nadira terjaga daripada koma tanpa mengingati sepuluh tahun terakhir hidupnya. Lebih membingungkan, dia kini bergelar isteri kepada Nadim Eijaz, lelaki yang dingin dan tidak menunjukkan sebarang kasih sayang terhadapnya.

Kisah Aira berlatarkan konflik rumah tangga yang rumit serta hubungan beracun dengan adik iparnya. Dia berdepan satu rahsia besar yang menjadikan perkahwinan itu bukan atas dasar cinta, tetapi agenda tersembunyi. Ketika benih cinta mula tumbuh dalam situasi yang serba kabur, Aira terpaksa berdepan dengan kebenaran paling pahit. Dia ingin tahu siapakah dirinya yang sebenar, dan apakah yang telah dia lakukan hingga ramai membencinya?