Nantikan drama bersiri Hospital Loveline bakal menemui penonton bermula 4 September 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan juga boleh strim di Tonton. Drama arahan Ng Ken Kin ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh Syarul Ezani, Scha Elinnea, Hanna Aqeela, Sean Lee dan ramai lagi.

Hospital Loveline
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 September 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Skrip: Sharina Nbj, Mia Marziah Manaf, Eja Lorena, Amin Shakib
Pengarah: Ng Ken Kin
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syarul Ezani sebagai Dr. Arfan Qori
Scha Elinnea sebagai Sophia Iskandar
Hanna Aqeela sebagai Dr. Nabila
Sean Lee sebagai Dr. Eric Choo
Kismah Johar sebagai Opah
Jaja Iliyes sebagai Mawar
Silfeny Osman sebagai Nurse Farah
Apich Lo sebagai Razi
Erry Putra sebagai Dr. Shamsul
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Dr. Farhad
Jasper Supayah sebagai Lisa
Rahhim Omar sebagai Dato Ayob
Shah Iskandar sebagai Dr. Syafiq
Zarul Husin sebagai Dr Malik
Zarynn Min sebagai Maksu Seha
Zalfa Zin sebagai Eka
Razzuan Rosli sebagai M.O Dani
Efraim sebagai M.O Haris

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Asing
Penyanyi: Najmi Niery
Penulis Lirik: Najmi Niery, Aizad Khan, Haziq KA

Sinopsis Hospital Loveline
Mengisahkan perjalanan Sophia (Scha Elinnea), seorang ahli fisioterapi yang ceria dan penuh kasih sayang, serta Dr. Arfan (Syarul Ezani), seorang doktor muda yang disiplin dan berkarisma. Pertemuan mereka bermula dengan insiden cemas yang akhirnya menumbuhkan benih cinta di sebalik dinding hospital.

Sophia yang membesar bersama neneknya, Opah Tijah (Kismah Johar), lebih mengutamakan keluarga berbanding cinta. Namun, segalanya berubah apabila Dr. Arfan bukan sahaja menjadi doktor peribadi Opah, tetapi juga lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Dengan campur tangan Opah, misi menyatukan dua hati ini penuh dengan adegan manis, lucu dan menyentuh perasaan.

Lebih menarik, drama ini turut menyelitkan konflik dalaman hospital apabila Dr. Farhad (Dato’ Jalaluddin Hassan), ayah Dr. Arfan, berdepan tekanan daripada adiknya Dr. Malik (Zarul Umbrella) yang mempertikaikan kepimpinannya sebagai pengarah hospital.