Real Men Malaysia: Wira Merah | Lapan selebriti yang terbabit dalam rancangan realiti ini adalah atlet negara speed climbing Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Rizwana serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.
Mereka akan menjalani kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ditayangkan sebanyak lapan episod, setiap daripada mereka perlu menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.
Penggambaran rancangan ini dilakukan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu untuk menunjukkan kehidupan sebenar ahli bomba dan penyelamat Malaysia menerusi paparan barisan selebriti yang dipilih.
Setiap episod menunjukkan realiti emosi dan cabaran yang perlu diharungi oleh pasukan bomba Malaysia termasuk tatacara memakai pakaian operasi, membentang dan menggulung hos, teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan selainnya.