Nantikan drama adaptasi novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama terbitan Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Nur Sharif. Menampilkan lakonan Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Naura Arissa.

Rumah Tanpa Luka
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 September 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Ezza Mysara
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Nur Sharif
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Kalsum
Shukri Yahaya sebagai Qiuzi
Nadhir Nasar sebagai Hayden Hayyan
Naura Arissa sebagai Rose Ameena
Hajjar sebagai Dahlia
Kismah Johar sebagai Nek Rogayah
Ziela Jalil sebagai Datin Normala
Syean Mokhtar sebagai Datuk Zaid
Hafreez Adam sebagai Amril
Yuna Rahim sebagai Naira
Hanan Adraa sebagai Dewi
Zaefrul Nordin sebagai Ibrahim
Aziz M.Osman sebagai Pak Yasir
Rasya Sofea Dean sebagai Syakira
Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Arah Cinta Sejati
Penyanyi: Aina Abdul & Fadhilah Intan
Lirik: Hendro Djasmoro

Sinopsis Rumah Tanpa Luka
Dalam kepayahan hidup, Kalsum tetap berkorban untuk menjaga Rose Ameena biarpun dirinya dibuang keluarga. Kehadiran Qiuzi ibarat memberi sinar baru di dalam hidupnya, namun semua hanyalah sementara dek kemunculan kerana semula Hayden Hayyan.

Sinopsis Novel Rumah Tanpa Luka
Kerana mempertahankan Rose Ameena, Nik Kalsum dibuang keluarga. Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu,

Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi yang tenang. Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik.

“Perut saya rasa tak selesa.” Ahmad Qiuzi“

Kenapa tak selesa? Salah makan ke?” Nik Kalsum“

Salah awak. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut saya.” Ahmad Qiuzi.

“Setiap kali saya tengok awak pula, dalam perut saya macam ada zoo! Ada Gajah, ada Badak, ada Singa, ada Harimau. Semuanya macam nak keluar dan pijak awak!” Nik Kalsum

Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan.

“Untuk kali ni saja, tak boleh ke kalau Nik pandang abang dengan cara berbeza? Abang bukan lagi Hayyan yang dulu.” Hayden Hayyan.

“Maaf kerana aku tak menerima tetamu dari masa lalu.” Nik Kalsum.

Hati kita sering dipatahkan dari dalam. Dari orang yang kita simpan dalam hati. Terlalu banyak kebahagiaan yang perlu dibayar dengan air mata.

“Mampu ke awak hadiahkan sebuah rumah tanpa luka untuk saya?” Nik Kalsum.

Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang.

Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?